إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu
Jumaat, 10:05 pagi (waktu Malaysia) pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah, rakyat Malaysia mendapat berita kehilangan seorang ulama' besar yang tidak asing lagi dengan kegigihan Allahyarham dalam menyampaikan dakwah dan ikhlas dalam perjuangannya walaupun tidak disenangi oleh beberapa pihak semasa hayatnya.
Perginya umpama permata yang sukar dicari ganti.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat semasa menerima rawatan susulan untuk masalah jantungnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Five Pillars Farm, Livermore di California.
Pesanan Allahyarham untuk dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia bertepatan dengan syariat.
Terdapat hadis Nabi SAW berkenaan meninggalnya seseorang bukan pada tempat kelahirannya :
Mathar bin Ukaimis berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jika Allah menetapkan kematian seseorang di suatu tempat di muka bumi, niscaya Dia akan menjadikan orang itu ada keperluan kepada tempat tersebut."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Perkongsian dari group telegram :
Beruntung orang yang meninggal dunia jauh dari tempat kelahirannya spt Almarhum TG Haron Din berdasarkan hadis Nabi SAW..
Ya Allah anugerahkan kami kematian spt ini..
----------------------------
روى النسائي بسنده عن عبد الله بن عمرو بن العاص أنه قال :
مات رجل بالمدينة ممن ولدوا بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال : يا ليته مات بغير مولده . قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس بين مولده إلى منقطع أثره في الجنة.
Diriwayatkan oleh an-Nasa'i daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata : " seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengsolatkan jenazahnya. Baginda kemudiannya bersabda : " Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya". Mereka ( para sahabat ) bertanya : " kenapa begitu ya Rasulullah? ". Baginda bersabda : " sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan( ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat meninggalnya di syurga. [ HR An-Nasa'i ]
Juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah
----------------------------
👆Ramai yang terlepas pandang perkara ini sehinggakan jenazah diluar negara diusahakan bawa pulang ke dalam negeri. . . bukan dikebumikan ditempat nafas terakhir.
Di mana saja kita ditakdirkan meninggal dunia, moga kita mendapat pengakhiran yang baik dan mendapat keredhaan dari Allah swt.
Benarlah setiap yang Allah jadikan itu tiada yang sia-sia, sepeninggalannya Allahyarham mendedahkan masyarakat tentang hadis Nabi SAW mengenai pengebumian pada tempat meninggalnya seseorang itu.
Hidup dan meninggalnya seorang ulama yang tetap memberikan permata kepada yang masih tinggal.
Berehat sementara wahai Murabbi..
No comments:
Post a Comment