Saturday, 17 September 2016

Meninggal Dunia Bukan Pada Tempat Kelahirannya

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu




Jumaat, 10:05 pagi (waktu Malaysia) pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah, rakyat Malaysia mendapat berita kehilangan seorang ulama' besar yang tidak asing lagi dengan kegigihan Allahyarham dalam menyampaikan dakwah dan ikhlas dalam perjuangannya walaupun tidak disenangi oleh beberapa pihak semasa hayatnya.

Perginya umpama permata yang sukar dicari ganti.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat semasa menerima rawatan susulan untuk masalah jantungnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Five Pillars Farm, Livermore di California.

Pesanan Allahyarham untuk dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia bertepatan dengan syariat.

Terdapat hadis Nabi SAW berkenaan meninggalnya seseorang bukan pada tempat kelahirannya :

Mathar bin Ukaimis berkata: 

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jika Allah menetapkan kematian seseorang di suatu tempat di muka bumi, niscaya Dia akan menjadikan orang itu ada keperluan kepada tempat tersebut."

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Perkongsian dari group telegram : 

Beruntung orang yang meninggal dunia jauh dari tempat kelahirannya spt Almarhum TG Haron Din berdasarkan hadis Nabi SAW..
Ya Allah anugerahkan kami kematian spt ini..
----------------------------
روى النسائي بسنده عن عبد الله بن عمرو بن العاص أنه قال : 
مات رجل بالمدينة ممن ولدوا بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال : يا ليته مات بغير مولده . قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس بين مولده إلى منقطع أثره في الجنة. 

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata : " seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengsolatkan jenazahnya. Baginda kemudiannya bersabda : " Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya". Mereka  ( para sahabat ) bertanya : " kenapa begitu ya Rasulullah? ". Baginda bersabda : " sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,  akan dihitungkan( ganjaran pahala seluas)  jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat meninggalnya di syurga. [ HR An-Nasa'i ]

Juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah
----------------------------
👆Ramai yang terlepas pandang perkara ini sehinggakan jenazah diluar negara diusahakan bawa pulang ke dalam negeri. . . bukan dikebumikan ditempat nafas terakhir.

Di mana saja kita ditakdirkan meninggal dunia, moga kita mendapat pengakhiran yang baik dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Benarlah setiap yang Allah jadikan itu tiada yang sia-sia, sepeninggalannya Allahyarham mendedahkan masyarakat tentang hadis Nabi SAW mengenai pengebumian pada tempat meninggalnya seseorang itu.
Hidup dan meninggalnya seorang ulama yang tetap memberikan permata kepada yang masih tinggal.

Berehat sementara wahai Murabbi..

Friday, 16 September 2016

Golongan Yang Sedikit vs Golongan kebanyakan

Assalamualaikum wbt..

Entah berapa kurun lamanya biarkan blog ni tanpa entry.

Rugi rasanya jika nota atau peringatan yang baik tak dapat disemadikan dimana-mana.  Baru teringat, kita sendiri ada blog rupanya selain nak save dalam notes yang ada dalam phone😅

Kalau kongsi di laman sosial dan blog, sekurang-kurangnya nota kita mudah-mudahan dapat diambil manfaatnya pada manusia lain kan?
Moga redha Allah sentiasa mengiringi kita dan juga pada yang menyampaikan ilmu, insyaAllah.

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang sedikit"..


🌻 Apabila Umar bin Al Khattab (رضي الله عنه) berjalan di pasar, beliau melepasi seorang lelaki yang sedang berdoa,

اللهم اجعلني من القليل .. اللهم اجعلني من القليل
"Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan yang sedikit! Ya Allah jadikanlah aku dari golongan yang sedikit! "

Maka 'Umar رضي الله عنه berkata kepadanya, "Dari mana kamu dapat do'a ini, dari mana?" Orang itu berkata, "Dalam kitabNya. Allah berfirman:
و قليل من عبادي الشكور
'Dan sedikit sekali dari hamba hambaKu yang bersyukur.' (Quran 34:13)"

Dan dari itu, 'Umar رضي الله عنه menangis dan menasihati dirinya sendiri, "Orang orang lebih berpengetahuan dari kamu, wahai Umar!
"Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang sedikit dari kalangan hamba hambamu ini."

Kadang kadang apabila kita menasihati seseorang supaya meninggalkan dosa, mereka menjawab dengan berkata "Tetapi semua orang pun buat benda ni, bukan hanya aku!"

Tetapi jika kita lihat perkataan "kebanyakan orang" di dalam Al Quran, kita akan dapati bahawa kebanyakan orang

ولكن اكثرهم لا يعلمون
🔸 "Dan namun kebanyakan manusia tidak mengetahui" (7: 187)

ولكن أكثرهم لا يشكرون
🔸 "dan kebanyakan orang tidak bersyukur" (2: 243)

dan
و لكن اكثر الناس لا يؤمنون
🔸 "dan kebanyakan orang tidak beriman" (11:17).

Dan jika kita mencari "kebanyakan mereka", kita akan mendapati bahawa kebanyakan mereka adalah

و آن أكثرهم فاسقون
🔸 "pasti tidak taat" (05:59)

و لكن أكثرهم يجهلون
🔸 "jahil" (6: 111)

بل أكثرهم لا يعلمون الحق فهم معرضون
🔸 "berpaling" (21:24)

Jadi dari yang "sedikit", Allah mengatakan bahawa mereka:

و قليل من عبادي الشكور
🔹 "Dan sedikit sekali dari hamba hambaKu yang bersyukur." (34:13)

و ما امن معه الا قليل
🔹 "Tetapi tiada yang beriman bersamanya, kecuali sedikit." (11:40)

في جنات النعيم ثلة من الاولين و قليل من الآخرين
🔹 "Dalam Syurga yang penuh nikmat, Segolongan [besar] dari orang orang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang orang kemudian." (56: 12-14)

Semoga Allah menjadikan kita dan menerima kita antara yang sedikit dan yang pertama dari yang paling utama.

آمـيـــــن ....... ❤