Zaman sekarang, adalah hampir mustahil untuk kita pisahkan anak-anak kita daripada terdedah dengan gajet. Gajet seperti tab, i pad, telefon pintar dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, menjadi tonggak utama dalam mengawal pendedahan anak-anak kepada gajet. Saya tak nafikan, gajet memang membantu untuk anak-anak belajar di zaman serba canggih ini, namun kawalan tetap perlu.
Tak tahu nak cakap samada ini memang benar-benar yang Albert Einstein katakan, atau seseorang lain yang gunakan namanya untuk menyampaikan mesej yang bermakna untuk peringatan kita di zaman gajet ini.
Bagi saya, mesej di dalamnya sangat berguna tak kira lah samada Albert Einstein yang kata ataupun bukan hehehe
Satu cabaran yang agak besar juga untuk ibu bapa zaman sekarang untuk mengembalikan anak-anak ke dunia nyata jika mereka dibiasakan dengan menghadap gajet sedari kecil. Ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Namun begitu, tidak terlambat untuk ibu bapa mengubah keadaan ini, syaratnya.. ibu bapa perlukan kesabaran yang tinggi dan disiplin agar matlamat untuk menjadikan anak kaki gajet kepada kanak-kanak yang aktif bermain di dunia nyata.
Antara peranan ibu bapa dalam menangani anak kaki gajet adalah :
1) Ibu Bapa haruslah mendisiplinkan diri terlebih dahulu; mengurangkan masa menghadap telefon pintar mereka, i pad dan sebagainya.
2) Bersabar dalam melayan kehendak anak apabila mula untuk mengalih perhatian anak-anak dari menghadap gajet kepada membuat aktiviti 'dunia nyata'. Pada peringkat ini, tantrum merupakan perkara biasa yang akan dihadapi oleh ibu bapa, makanya bersabarlah dan berjiwa kental lah kita menghadapi karenah anak-anak syurga ini.
3) Berkorban masa untuk bersama-sama 'turun padang', membuat aktiviti bersama anak-anak. Anak-anak akan lebih teruja jika ibu bapa turut bermain bersama mereka. Tak percaya, cubalah :)
4) Sanggup untuk belajar, belajar untuk memahami kehendak anak. Sebenarnya, anak-anak perlukan perhatian yang sangat banyak dari ibu bapa mereka. Untuk memahami anak-anak syurga ini, kita harus lebih banyak belajar melalui perbincangan sesama kawan-kawan yang juga telah jadi ibu bapa, perbincangan ini kebiasaanya boleh dibuat semasa sama-sama pakat untuk berkelah atau bawa anak-anak keluar bermain di taman permainan. Zaman sekarang perbincangan secara online melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, media sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi lebih mudah untuk mencari maklumat. Namun begitu, harus diingat, jangan asyik menghadap telefon pintar atau komputer riba anda semata-mata ingin berbincang atau mencari maklumat sehinggakan anda terlepas matlamat dan keluar dari 'trek disiplin'.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak untuk mengurangkan masa mereka bersama gajet. Antaranya melukis, mewarna, bermain pondok-pondok dan sebagainya. Suka saya ingatkan, dalam beraktiviti ini, antara kejadian yang akan membuat ibu bapa lebih stres ialah rumah anda mungkin akan bersepah!
Bertenang ya ibu ayah, anak-anak kita akan membesar, dan inilah masanya kita bermain bersama mereka. Lagi 10- 15 tahun akan datang pasti kita mula mengeluh kesunyian dan rindukan suasana rumah kita semasa anak masih kecil. Jika rumah bersepah selepas melakukan aktiviti, di sini lah kita boleh selitkan pengajaran buat mereka untuk mengemas semula selepas mereka beraktiviti, hasilnya sememangnya takkan memuaskan hati tetapi nilai di situ untuk mereka belajar supaya bertanggung jawab jauh lebih tinggi.
Aktiviti yang membantu anak-anak sibuk selain menghadap gajet adalah :
a) Melukis dan mewarna antara aktiviti yang mudah kerana setiap rumah pasti mempunyai peralatan tulis. Jika anak-anak masih kecil dan belum bersekolah, boleh sediakan pearalatan tulis untuk mereka beraktiviti. Tak perlu beli yang mahal dan berjenama, asalkan ia berkualiti baik dan selamat digunakan anak kecil kita.
b) Bermain dengan blok merupakan antara aktiviti terbaik kerana ia mengasah kreativiti dan imaginasi anak-anak. Tak hairan jka mereka boleh menggubah blok-blok tersebut kepada bentuk benda yang mereka selalu lihat. Psst..di sini anda boleh lihat apa yang bermain di fikiran anak anda melalui apa yang mereka selalu lihat melalui 'binaan' blok mereka.
c) Cuba tarik perhatian anak anda untuk membuat origami yang mudah, anak-anak pasti teruja. Kita yang dewasa ini juga pasti terleka sama hehe. Antara peralatan yang perlu adalah gunting dan kertas. Dalam aktiviti ini kita boleh terapkan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle!
Tak perlu berbelanja lebih untuk berorigami bersama anak-anak, boleh gunakan helaian surat khabar sebagai permulaan. Anda juga boleh menggunakan helaian yang berwarna untuk aktiviti ini. Jika mempunyai bajet lebih, tak salah untuk anda membelikan keras berwarna warni, tetapi pastikan anda telah mengenal pasti bahawa anak anda lebih minat untuk berkecimpung dalam aktiviti origami.
d) Bermain di luar merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan sihat. Ini kerana anak-anak akan aktif bergerak. Masa yang sesuai untuk bawa anak-anak bermain diluar adalah ketika waktu petang, di mana cahaya matahari tidak begitu terik. Ingat tak masa kita kecil, bermain di luar adalah aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di luar, teringat masa kecil-kecil, bermain galah panjang, bermain polis sentri, main teng-teng dan banyak lagi lah permainan yang jarang anak-anak sekarang main. Ingat ya, pastikan kita pantau anak-anak bermain di luar terutama yang berusia 7 tahun ke bawah. Lebih baik kita sekali turun padag bermain bersama mereka.
Terlalu banyak aktiviti yang boleh mengalih perhatian kanak-kanak dari menghadap gajet. Kalau nak cerita memang berjela. Entri saya kali ini diharapkan membantu sedikit sebanyak ibu bapa di luar sana yang tengah pening dengan ketagihan anak-anak kepada gajet. Kami bukanlah ibu bapa sempurna, masih juga belajar dan terus belajar dalam membesarkan anak pada zaman yang lain dari zaman kita membesar dahulu. Semoga catatan tak seberapa ini bermanfaat, insyaAllah.
Peringatan buat diri dan siapa sahaja yang ingin mengambil peringatan ini...
Anak-anak lebih belajar dari SIAPA KITA berbanding apa yang kita ajarkan kepada mereka.
kredit gambar : 'encik' google :)

No comments:
Post a Comment