Saturday, 4 July 2015

Ramadhan Bulan Puasa Atau Bulan Makan-makan?

Alhamdulillah...

Berkesempatan nak menaip entri malam ni (pagi sebenarnya)..
Mata terbuntang sebab tengok video nasihat seorang 'nyah' pasal kes suami isteri yang viral sekarang huhu
Akibatnya, tak boleh tidur!

Pagi ni dah masuk 18 Ramadhan, tak sangka cepat je masa berlalu,
serius, memang tak ingat sangat dekat nak raya dah, paling terkenang insyaAllah akan berpeluang balik ke kampung halaman setelah 4 tahun berpuasa dan menyambut Aidilfitri di rantauan,
Setiap tahun memang balik tapi bukan pada bulan Ramadhan atau Syawal..
Apa-apa pun syukur balik jugak tiap tahun walau bukan hari raya :)

Ramadhan kali ni berniat untuk makan ala kadar pada waktu berbuka dan bersahur..
Rezeki Allah memang melimpah ruah sedangkan kita dah nak ber ala kadar sahaja..
hampir setiap hari ada sahaja jiran bagi makanan,
Baru petang semalam dijemput ke rumah kawan untuk iftar,
Sebelum petang kejadian, sebelah tengahari ada pulak yang menjemput untuk iftar di rumahnya pada petang yang sama...
SubhanAllah..rezeki melimpah!
Awal minta maaf pada kawan kedua tak dapat memenuhi jemputannya sebab dah kata nak datang pada jemputan pertama..
Ye la, bulan puasa banyak mana sangat mampu makan, kalau hari raya boleh la gi rumah A dulu pastu boleh ke rumah B pulak..

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kata orang Melayu :)
Ni kisah 'hadiah' yang jiran bagi,
Dah makanan sampai depan pintu takkan nak buang kot kononnnya nak ber ala kadar sangat,
yang datang juga ujian selain memang ia rezeki..
dari ala kadar akhirnya makan dengan terlebih ada, Alhamdulillah..
Ada benda Allah nak sampaikan melalui ujian rezeki ni..


iftar hari pertama
 Ini rezeki hari pertama Ramadhan, hari tu niat nak masak sikit lepas solat maghrib sesudah buka puasa dengan kurma dan air, lagi berapa saat nak azan jiran sebelah rumah hantarkan makanan..
Terkejut jugak, tapi namanya rezeki memang syukur sangat-tak jadi masak, gantung periuk la heheheh.

tak tahu lah apa namanya ni, tapi ia berasaskan kuah daging kambing di mana sumber karbohidratnya terdiri dari crepe rangup yang ada jual kat pasaraya di sini dan jadi lembut macam bubur bila rendam dengan sup, dalamnya ada sekali kentang, lobak merah dan zuchini.

Mak dan anak suka makan sebab kena dengan selera, daging kambingnya pun lembut sangat.




Ni jiran bagi sebelah kiri pula yang bagi, antaranya kuih-kuih goreng macam samosa, roti yang berintikan keju putih dan ada satu kuih tu macam cucur sayur teksturnya.

Pemanis mulut, oreo berkrim coklat-yang ni memang sedap

Yang dalam mangkuk tu macam bubur gandum dengan rempah dan daun ketumbar, alhamdulillah semua dapat makan walau agak tak biasa tapi masa ni lah kita nak rasa dan berkenalan dengan makanan & budaya setempat :)

Kalau tak silap ni iftar hari ke 15

Sebelum tu jiran ni jugak yang bagi ikan besar yang tak masak lagi dan kurma dan juga buah pelaga yang berlambak. Sampai tak ingat dah hari ke berapa jiranku bagi benda-benda ni.  Semoga Allah kurniakan rezeki yang halal lagi berkat untuk jiran-jiranku dan sesiapa sahaja yang suka memberi 'hadiah' pada jirannya.

Orang Melayu selalu tersilap kata 'sedekah' bab tukar-tukar makanan ni, kita yang mampu sebetulnya memang tak layak dapat sedekah tau..maka kita sebut hadiah atau pemberian sebaiknya.

Panjang dah menaip ni, tapi masih rasa tak puas hati sebenarnya dengan penulisan sendiri, sendiri taip dan sendiri jugak rasa tak best baca.  Mohon maaf pada anda yang sudi melawat entri ni, insyaAllah saya akan perbaiki gaya penulisan..

Banyak lagi nak di 'susey'(cerita) sebenarnya tapi mengenangkan hari pun hampir subuh dan sebaiknya bersiap untuk sahur dan lain-lain. Mudahan diizinkan Nya untuk menulis dalam masa terdekat heheh