Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan?
Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahman.
Jika dihayati pengertian surah ni, pasti mengalir air mata, mengenang betapa kita manusia lupa nikmat Allah yang melangkaui kesyukuran kita.
Bangun pagi sahaja kita buka 2 anugerah yang sering kita lupa, iaitu sepasang matayang tidur lena sepanjang malam, lain ceritanya hela nafas yang diberikan dari sebelum tidur hingga bangkit semula.
Allah... tak terhitung nikmat.
Mudah saja dunia sementara ini menipu kita, buat kita lupa apa asal tujuan kita berada di atas muka bumi.
Ampunkan kami ya Allah :(
Sedari pagi, hati ini sangat rasa bahagia, tak tahu kenapa..
Mungkin kerana anak-anak soleh pertama & kedua mudah dikejutkan untuk bangun ke sekolah, selain urusan menguruskan bekalan mereka ke sekolah berjalan dengan lancar, Alhamdulillah :)
Selepas bersarapan , kejutkan Uwais putera soleh yang ke 3 untuk berjalan bersama Ummi, senaman katanya, dengan niat nak jaga amanah Allah iaitu tubuh badan agar sihat selalu dan mudah untuk beribadah kepadaNya.
Memang lain macam tenaga kita pada hari kita bersenam atau pun tak bersenam..
ye la.. bukanlah aktiviti yang sangat mencabar macam tabata, berlari bagai, berjalan keliling kawasan perumahan je pun. Tapi, tahu tak? Berjalan pun boleh buat pecah peluh tau.. lagi-lagi kalau konsisten setiap hari, dah boleh kira senaman walaupun hanya berjalan kaki.
Sebelah tengahari pula, ambil anak dari sekolah..
di uji sebentar dengan ujian kereta enjin mati, keluar simbol bateri dan segala yang lain.
Cuaca pada penghujung Mac di Qatar dah mula terasa terik mtaharinya namun belum terasa bahangnya ketika musim panas. Belek-belek telefon..Ahhh..sudah! Baterinya pun tinggal 4%
Dalam hati mula berdoa mengharapkan enjin kereta akan dapat dihidupkan lagi beberapa minit.
5 minit, cuba hidupkan, gagal!
Lepas 10 minit pulas kunci, pun senyap
Betul lah, tak semestinya apa yang ditangan kita akan berguna setiap masa, kita selalu lupa pergantungan kepada Allah SWT pada setiap masa..
Astaghfirullahal'azim!
Fikir-punya fikir, terus tergerak nak telefon kawan minta tolong dia bawakan kami semua balik ke rumah, stibanya beliau, terus bagi cadangan nak jumper bateri kereta. Sesama perempuan, memang kami ta yakin nak buat kerja jumper-'men'jumper ni, dipanggilnya pengawal keselamatan sekolah untuk beri bantuan.
Alhamdulillah, rupanya mudah sangat pun ujian ini, hati yang tak sabar mudah berasa kecewa.
Hikmahnya ujian kereta meragam ini, pergantungan sebenar kita makhluk hanyalah kepada Allah SWT.
Walau apapun yang ada di tangan kita sesekali tak dapat beri manfaat kepada kita tanpa izinNya.
Telefon pintar dah nak habis bateri, kereta pun enjin boleh mati. Serta-merta teringat, betapa kerdilnya kita.
kita sangat berharap rahmat Allah setiap masa, ya...setiap masa!
Kembalinya di rumah, terima pula berita gembira dari rakan-rakan Malaysia yang ada dalam group whatsApp
Dua orang sekaligus berbadan dua, Alhamdulillah...
Semoga yang bakal dlahirkan menjadi anak soleh-solehah, aamin.
Dan begitulah setiap hari, kita diuji, kita diberi nikmat. Atas dasar kesabaran kita senipis kulit bawang, ujian mudah dirasakan besar sehingga lupa nikmat Allah yang melimpah ruah sedari kita buka mata semasa bangun pagi. Ampunkan kami ya Allah...
oh..mata sangat kelat!
InsyaAllah lain masa kita bersusey lagi :)
2210hrs
29th March 2015